Tuesday, August 3, 2010

aku.blog.kamu

(semua manusia adalah sama, persamaan manusia adalah kita semua berbeza? ha?)

aku adalah seorang musafir blogger, sume jenis blog aku jumpe.ada yg sekadar 'suka2','kongsi2 rasa' , lepaskn geram rindu , fakta, politics ,kutuk caci murka, cerita kanak2 dan memacam lagi.semua ada kelebihan masing2 ~ muge2 hadaf kita sama.

mengapa perlu ada blog?

bagi aku dan blog aku, ini adalah nasihat utk aku dan nasihat utk kamu.

seperti apa yg pernah digariskn Dr 'Aidh Abdullah Al-qarni dlm kitab tersohor beliau 'La Tahzan', dia ckp "apabila aku kecewa dan hilang arah dlm melayari kehidupan, aku sentiasa mengingatkan diriku .. bukankah aku yg menulis buku 'La Tahzan'? tidak perlu aku persoal mengapa perlu rasa hiba atas qada' dan qadarnya krn aku pernah menulis tentangnya"

jadi, aku sentiasa ingatkan diri aku melalui setiap perincian penulisan aku.semoga istiqamah hendaknya.aku bukanlah penulis yg pandai sgt.aku masih belajar dan memimpin.when you stop learning, you stop leading.paling kurang mungkin memimpin diri kita sendiri, semoga dgn blog ni aku dpt nasihat 'aku' dan 'kamu'.

"jangan menulis tentang diri sendiri, orang yg bijaksana menulis tentang ilmu, orang cerdik menulis tentang peristiwa,hanya orang dungu menulis tentang dirinya sendiri"

jgn cepat menghukum, hayati dgn elok dan 'out of the box'.jgn gune google translator.gunakan iman dan akal.luas dan mendalam maknanya.aku kutip ayat ni dr buku "Nota hati seorang lelaki" hasil penulisan Ust Pahrol Md Juoi.kita pergi lebih jauh, benar pengalaman dan aspek peribadi boleh dikongsi tp jgn terlalu leka menulis tentang 'aku' shj.

*ya allah, aku pn begitu .. sob3*

di mana letak kekuatan ilmu?

pada isinya? atau pada penyampainya?

aku tertarik dgn pengisian penulisan Dr.Yusuf Al-qardhawi.tentang keluhan seorang intelektual barat yg baru memeluk islam.apa keluhannya?

"Maha suci Allah yg memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal Muslim"

jika dia mengenal muslim dahulu, nescaya dia tidak tertarik pn utk mengenali Islam.lihat pd realiti bukan teori.berapa ramai yg 'Islam' pd tindakan dan tidak tanduk? Pada segi tertibnya, logiknya Islam lah yg diperkenalkn dahulu baru muslim.

aku tertarik dgn pndgn rakan muallaf aku.
dia pernah ckp "islam ni sgt indah dan cantik, umat islam yg memburukkn Islam"

maksud pepatah td, pendakwah mahupun penulis atau sesapa shjlah sebenar2nya perlu ketengahkn 'isi' dakwahnya, Islam dan tarbiyah.bukan peribadi dan personalitinya semata2.bawalah 'target man' kpd Allah, bukan kpd diri.bawalah 'sasaran' kpd Islam bukan kpd parti ataupun pertubuhan.

aku adalah muslim! islam bukanlah nasyid, islam bukanlah blogging, islam bukanlah khat, ttp sampaikanlah utk disampaikan pd Islam.jgn lupa hadaf kita ada 'satu'.

PENDAKWAH ADALAH MURABBI!!! BUKAN SELEBRITI!!

p/s : xluah salah, xdisebarkan salah ~ adakah masih bersalah?

2 comments:

Anonymous said...

tajdid niat slalu. moge lurus~
jzkkk utk prkongsian nasihat.

uwais said...

insyaAllah .. syukran kembali ~