Thursday, August 5, 2010

kisah aku dan ayam

(kejayaan hari tidak mustahil menjadi musuh di masa akan datang)

korang biasa tengok iklan ayam lintas jalan kt tv x? alah, pasal keselamatan jalanraya tu .. pernah?

aku mula2 tengok takde lah nk percaya bulat2 sgt.ape tergamak ke ayam tu lintas xtengok kanan kiri? takkan la mak bapak ayam xjaga anak2 dia? paling koman pn ayam tu mesti ada sense of defensive.xkan sesuka hati je nk lintas haih ~ iklan yg langsung xlogik!!!!

maka dengan sebab itu, setiap kali iklan keselamatan pemanduan yg menjadikan apa2 jenis haiwanpun sebagai contoh atau 'pelakon utama' aku akan tukar channel.sebab langsung tidak relaven! haiwan ada fitrahnya , kita mesti hormat la brader! boikot3x! maka aku seru korang semua untuk memprotes mana2 iklan yg merendah2kn martabat haiwan khususnya (hoh!)

sehinggalah suatu hari ... bila aku sendiri yg mengalami peristiwa menyayat hati tu.baru aku sedar, fikiran aku yg celaru dlm mentafsir iklan keselamatan.ternyata, ayam memang xtengok kanan kiri bila melintas ... ouh, sayunya.maaf ibu ayam saya xsengaja.

watak utama = khubaib (bukan nama sebenar), amir (nama sebenar) dan ayam 1 & 2 (sbg gantian jika ayam 1 mati)
watak sampingan = En.Ammar (pemilik ayam)
materials n substances = motosikal, jalanraya, rumput

ada 3 scene dlm kisah ini ~

1st scene ~

aku dgn relaxnye memecut di hadapan, amir follow kt belakang.

ada beberapa ekor ayam sedang dibelai En.Ammar diseberang jalan.

kitorg melintasi En.Ammar dan ayam kawanannye

lepas tu ayam pn lintas jalan

hasil kajian = ayam 1 dan 2 selamat , alhamdulillah

2nd scene ~

aku dgn slumber sekali lagi memecut di hadapan, amir follow belakang.

ada beberapa ekor ayam sedang dibelai En.Ammar diseberang jalan.

aku melintasi En.Ammar dan ayam2nya , amir langsung menuruti jejak pecutanku

tiba2, kokokokokoko .... K.O! amir tergilis ayam yg melintas jalan secara tidak sengaja

hasil kajian = ayam 2 'selamat dikebumikan' & ayam 1 terselamat

3rd scene ~

aku buat kali yg ketiga memecut di hadapan, amir follow di belakang

ada beberapa ekor ayam sedang dibelai En.Ammar diseberang jalan.

aku melintasi En.Ammar ... kokokokokokokokokokokokokokoko ... K.O K.O kami berdua melanggar ayam2 beliau

hasil kajian = dua2 ayam 'selamat jalan'

aku dan amir telah bertemu En.Ammar dgn harapan dpt mendengar rintihan hati seorang pemilik ayam.kata beliau "saya reda shj, kita merancang tuhan yg menentukan .. lagipun korang berdua ngah buat eksperimen kan? xpe2, saya faham", aku dan amir sekadar mengangguk tanda setuju dan akur dgn kata2 beliau.lalu kami berdua saling berpandgn, tiba2 syafiq dan fauzan datang menghampiri kami dan .. ~ aaaaaah! cerita aku dah meleret !! kembali pd tajuk asal ...

mengapa begitu ye ayam?

ramai yg punya impian tinggi menggunung, kita sentiasa inginkan kejayaan yg berterusan.kita mahu hari ini cemerlang, esok gemilang, lusa terbilang ... bla .. bla .. bla ...kita xmahu berjaya pada suatu tahap shj tetapi gagal pada tempoh kehidupan yg seterusnya.dan dalam mencapai kejayaan jangan lupa rintangan pasti ada, tp jgn lari.

"layang2 tidak akan naik tinggi, jika tiada rintangan angin"

ayam ada tujuan, untuk melintasi jalan.ada yg berhati2 ada pula yg tidak.ada yg berjaya pada lintasan yg pertama , malangnya gagal pd cubaan yg kedua.ayam bagus, dia sedar utk melintas jalan ada halangannya.kenderaan yg lalu lalang banyak dan dia hebat! tidak mahu mengalah, menongkah arus itu ... dlm situasi 1, ayam amat berhati2.apabila aku dan amir lintas baru die menyeberang.ok bagus! malang sekali pada situasi 2 dan 3, ada ayam yg mati.

kerana .. kejayaan melintasi jalan pd situasi 1 telah mempengaruhi ayam2 tersebut.sebab itu ingat! kejayaan hari ini, tidak mustahil boleh jd punca kegagalan pada hari esok.jika kita terlalu mudah berpuas hati dan alpa leka.jgn terlalu berseronok dgn kejayaan.

dalam situasi 2, sebagai contoh ayam 2 gagal menyebari jalan sedangkan ayam 1 berjaya? kenapa? untuk makluman ayam1 jenis 'power' lebih cket.ayam2 'lembab'.tp kesilapan ayam 2 adalah kerana terlalu melihat kelebihan org lain dan tidak yakin dgn apa yg ada pada dirinya.sume ayam ada kelebihan, tumpu pada 'apa' yg kita ada untuk berjaya.

"orang yg berjaya ialah mereka yg memaksa diri mereka untuk berubah , manakala orang yg gagal hanya berubah apabila terpaksa"

dalam situasi 3, kedua2 ayam mati 'katak' (eh, boleh ke?).kenapa? kerana .. dah ajal dia la!

tamat!

p/s : kisah ini adalah kisah benar yg sedang dan akan menghantui hidup sesorang itu .. harap bersabar huhu

3 comments:

Ibnu Roslan said...

saya suka kisah ini...
dan saya suak dgn watak penjaga ayam tu...haha..
(nama bukan nama sebenar ke??)hehe

Anonymous said...

hoi2~~
bkn nme sbnr pun.klau mmg ak yg mengahadapi situasi melanggar ayam,ak akn rse bersalah~
haha

Unknown said...

kita ambil je iktibar ~ sume ni tiada kaitan dgn mana2 hidupan samaada haiwan mahupun manusia aha ~

tenks ~ ammar anda sungguh jujur

anony ~ saya tau awak siapa dan saya suka cara anda berfikir