Wednesday, October 5, 2011

malas 0.1

walau seberapa banyak lembab pun saya meng-update belog , janganlah anda ragu janganlah anda kelu dan pilu untuk jelir lidah sambil mengatakan " wek! perasan sibuk!! "

atau boleh juga anda menggunakan kata kata yang lebih mesra penulis seperti " hey! awak ingat kite suka sangat ke tunggu awak update belog! " ya , menderu semangat waja saya. menusuk nusuk ke dasar telinga kanan terus menembusi dengan lancar ke telinga yang satu lagi. hidung mungkin ?

ok, saya cuma nak bagi tahu .. mm.

saya nak bagi tahu anda , bahawa .. err











saya .. err , [ sukar juga ni ]








mmm .. saya nak berhenti











saya nak berhenti dari berperangai malas update iman, malas buat kerja segera, saya nak jauhkan diri dari segala bagai jahiliyah ketidak-cerdikan yang sangat ah ! sangat manis. beg yang saya jinjing untuk dibawa ke puncak dunia ini masih penuh dengan PES 2011 (2012?), DSLR, fb, Vegas10 pro, adobe photoshoppe 9.0, NIKE air force 1 dan argh! banyak lagi. maka saya perlu cicirkan sikit demi sikit agar pendakian ini lebih lancar , lebih pantas . oh

ok, sekadar menceriakan hari hari anda. lebih lebih lagi di musim serba 'panas' di irbid ini. ini juga tidaklah bermakna saya hilang idea untuk menulis (cliche yg sedikit obvious).

senaman iman dengan kadar yg segera,

" Islam tidak akan membangun dengan manusia yang mengabaikan perkara perkara kecil dalam hidupnya "

p/s : iqra' bina , nu'min sa3ah (mari baca, kita upgrade iman sebentar)

No comments: