okeh , saya ada satu penguman .
uhuk3 , baik .. begini
mulai post kali ini , blog ini secara rasminya akan turut diselenggara oleh beberapa rakan kongsi bertauliah. eh, hmm .. ya3ni saya akan disertai beberapa rakan lain untuk menggembirakan hari hari anda. tarikh tamat persekutuan ini belum lagi dapat kami putuskan .
setelah meneliti beberapa resume dari calon calon yang telah ditapis, tanpa sebarang diskriminasi maggi ruski atau prejudis air kaki , beberapa individu telah terpilih melalui proses saringan yang sangat ketat oh. kriteria dan syarat yang digariskan adalah rahsia *kriiik*
berikut adalah senarai calon yang terpilih :
1. Apat
2. Yuha
3. Firdy
4. Fify
5. Wan
6. Fat
7. Fique
*nama penulis tertakluk kepada perubahan memandangkan entri ini ditulis tanpa sebarang perbincangan hey
calon calon tidak dibenarkan menarik diri melainkan dengan alasan yang difikirkan munasabah oleh pihak saya. calon boleh menghantar surat penarikan dalam tempoh sepungguk purnama selepas tempoh penamaan calon serta surat sokongan kepada saya. penarikan diri hanya dikira sah setelah diisytiharkan oleh pihak saya. huh (padahal bukan pilihanraya pung , hihi)
oh ya, anda pasti tertanya tanya bukan ? mengapa mereka seperti terdesak dan tidak semena mena memilih untuk menjadi shareholder blog ini ?? pelik ? ya, saya pung. atas desakan nafsu dan publisiti , maka amatlah saya berbesar hati untuk kongsikan pada anda beberapa respon ringkas mereka pada blog ini.
" badai , mane dapat template ni ?? " , fify
" cun cun .. os tibe! " , fat
" ruhi akhi , ana mahu lagi .. hinns hinns " , fique
*bunyi cengkerik*
mmm .. okeh, tanpa perlu bersekang mata dan tercari cari idea , eloklah saya hentikan repekan ini dengan sedikit ayat ayat chenta . semoga tidaklah menjadi entri kering yang tidak memberi manfaat , baik pada saya ataupun anda .
" berat sama dipikul , ringan sama dijinjing "
simple bukan ?
ya, benda simple yang kita simple mimple kan. kan ?
kenapa main bola kita boleh bekerjasama , ada formasi dan susun aturnya ? masing2 ada peranan . ada penyerang , ada benteng ada midfielder dan sebagainya . hilang seorang hancurlah semua. eh , sekadar trailer untuk entri yang akan datang . jeng3
ok , sekian
saya tidak lagi single tapi available je . eh , maksud saya plural .. heh *senyum manis*
ps : selamat bekerja rakan kongsiku . weee ~
ps2 : eh , kejap . err , saya pun mesti la kene ada nama pena jugak . hmm .. akhi ok ke ? heh
No comments:
Post a Comment