Monday, May 26, 2014

#BUKWIT : of capitalist, socialist

I

Plato dan Aristotle yang hidup di zaman pra-Islam, saya kira sebagai antara sosok terbesar yang mencadangkan teori kehidupan untuk manusia. Manusia sepanjang tempoh itu berusaha mencipta tujuan hidup dengan tangan mereka sendiri, menjadi tuhan kepada diri sendiri. 

Mereka cuba mencipta kerevelanan eksistensi mereka di muka bumi ini dengan mengasaskan fikrah kepada dua istilah rumit, yang kita temui hari ini.

Kapitalis, dan sosialis

II

Eropah mencatatkan kelahiran sekularisme sebagai entiti sulung yang dilaungkan di sana, ketika itu gereja sudah tidak mendapat tempat di hati para penganut agama. Surat pengampunan, sains ketuhanan sudah tidak laku di pasaran keimanan. Akhirnya, pengasingan total agama dan kehidupan menjadi produk paling laku. 

Selepas itu muncul liberal, agar manusia menjadi bebas atas kehendaknya. Adam Smith memperkemaskan idea ini dengan mengulas lanjut karya Aristotle, Kapitalisme ditawarkan dengan idea meletakkan keputusan dan hak ke atas individu untuk mengaut keuntungan. 

Karl Marx melalui Das Capital memulakan idea Sosialisme, Lenin menghargainya dengan mengasaskan pula gerakan Komunisme. lahir idea Utopia oleh Thomas More di wilayah Andalus. selepas itu Fasisme, Nazisme dan pelbagai lagi isme isme yang bernaung di bawah naungan sosialisme. Ideanya adalah pemusatan kerja, ekonomi dan kesamaratan hak. 

Tampak futuristik walaupun akhirnya mendapat tentangan hebat dari A.Hayek melalui Road to Serfdom kemudian kritikan dalam artikel Intelectuals and Socialism. Kedua blok tangan ghaib ini tidak kunjung aman, kedua dua kem sering berbalas pantun perang, hampir mustahil berjabat tangan dan bercipiki cipika.

walaupun ia bermuara sama, wang. Yang mereka pilih sebagai tuhan-ganti kepada tuhan Yesus yang dinyahkan lewat perkenalan kita dengan Sekularisme.

III

Hari ini, penganut kapitalisme dan sosialisme tampaknya sudah tiada dalam selera negara kebanyakan. Ia popular sebagai amalan pada beberapa lokaliti utama seperti blok Amerika-Eropah dan China-Russia. ohya, mungkin kerana kewujudan Kapitalisme khususnya tidak bertempat. berbeza Sosialisme yang berkiblatkan kerajaan.

Obama mencari ATM baharu di Asia selepas Timur Tengah sudah dilanyaknya. Jualan Dolar, senjata dan minyak sudah hampir tidak laku atas banyak asbab. 

China dan Russia pula mengorak langkah berani, keduanya membawa imej Sosialisme totok menentang seteru besar Kapitalisme yang mencuba nasib di Asia. Panda dan TPPA adalah gula gula pertarungan ini mungkin.

IV

Tidak, ia tidak serabut

Saya cuba positif menghadam isme isme di atas, ia adalah permainan bahasa yang punya hulu tanpa hilir. mujaddid mereka senantiasa cuba berfalsafah untuk menghuraikan idea idea atas angin.

The Prince, Das Capital, The Republic, Methaphisics dan pelbagai lagi karya moden millah ini. 

semoga buatku pahala, untuk memahami mereka, sebagai alat dakwah yang baik untuk zaman.




V

Islam berada di tengah antara persengketaan ini.


Mengangkat wang dan kuasa sebagai tuhan, adalah refleksi kepada fitrah seorang manusia yang ingin bertuhan. manusia perlu mengorientasi kehendaknya, ada tujuan tertinggi kehidupan. Abaikan kezaliman Gereja yang menjadi asbab penolakan barat terhadap konsep tuhan, fokuskan pada kesan hidup tanpa risalah.

dan Islam, muncul dalam kecamukan ini

dengan membawa mesej ilahi, perutusan dari langit untuk bumi. Kerana manusia terlalu lemah untuk menentukan tujuan hidupnya, tatacara kehidupan, pengurusan sosial dan tata negara. 

risalah yang syumul ini hadir dengan memandu manusia menuju tuhan, mengajar mereka agar bertuhankan Allah s.w.t. Dialah pemilik segala kemahuan dan kepunyaan. 

dalam syari'at kita temui, 

di antara perlumbaan kekayaan Kapitalisme dan utopia kesamarataan Sosialisme, ada Baitulmal dan ibadat zakat yang menyeimbangi keduanya.

Indahnya hidup bersyari'at

VI

Dan kita menjadi tahu, bahawa menumbangkan Kapitalisme dan Sosialisme perlu dilakukan dengan kuasa. 

dan bahawasanya, kuasa hadir selepas kita menekuni zaman Makkah yang dikayai dengan episod pembangunan iman yang sejahtera. 

masih ingin abaikan Tarbiyah ?


2 comments:

Anonymous said...

Hmm..
Boleh ke nak tahu macam mana enta kuasai isu-isu semasa?

Unknown said...

Ya akhi .. ana tak berkuasa sangat bab isu semasa pun, sedang belajar bertatih lagi

ana akan share banyak dalam siri himpunan risalah ana yang entah bila nak mula, doakan yah!

cuma ana share beberapa tips ringkas,

1. banyakkan membaca
2. twitter, fb dan banyak lagi medan sosial maya adalah sumber isu semasa, manfaatkan sebaiknya
3. kerapkan berdamping dan bersosial dengan semua jenis manusia
4. beri pendapat dan analisis peribadi sebaiknya
5. jangan menunggu sempurna
6. join usrah

jzkk