Tuesday, August 10, 2010

perutusan ramadhan dari aku untuk aku


(perubahan dalaman sepatutnya dimulakan dgn diri masing2.kita hanya boleh pesan memesan sahaja)

Yang Maha Mengasihi Allah S.W.T , yang dikasihi dan semoga dikasihi Muhammad S.A.W, yang disayangi 'aku', yang dihormati korang dan seluruh makhluk ciptaanNya, sama ada yg membaca teks ini mahupun tidak.Salam mahabbah buat aku dan korang.sedar tidak sedar ramadhan sudah datang tanpa jemu , menjenguk manusia yg meminta2 untuk disampaikan padanya ramadhan bulan rahmat bulan berkat.maka tanpa pernah merungut dan membantah, ramadhan masih sudi ketemu sama aku dan korang insyaAllah.dlm kata lain, kita masih 'hidup' untuk meng'hidup'kn ramadhan ~ (mudah mudahan)

tradisi dan tragedi ramadhan

ramadhan kembali untuk mengembalikan aku pada rabb
ramadhan datang untuk mentajdid hati yang usang
ramadhan 'alam asing' untuk membuang 'bendasing'

ramadhan adalah musim "transisi" ataupun "turning point" !
bukannya "R&R" atau "singgah amal" !

ramadhan datang dan pergi, amal apa yg aku perbaiki?

"tahun ni apa amal baru yg kite nak buat bro?" tanye aku
"mmm .. cam biase je lah, duduk masjid, bukak pose sesama, tarawih" aku jawab
"ceh, bende sama je .. ko xnak berubah ke?"aku tanye lagi
"itu pun payah kita nk 'amal' n 'kekal' kn?"jawab aku sekali lagi

tradisi aku, ramadhan adalah 'pesta' ibadah .. ramadhan sahaja?
tradisi aku, ramadhan adalah mengislah hati dan diri .. adakah kekal ke bulan yg selebihnya?
tradisi aku, ramadhan bulan lapar, dahaga dan berbuka puasa ... inikah yang aku cari?

tragedi aku, lahiriah sahaja nampak banyak .. rutin lahiriah ber'dezup' aku buat .. zahiriah?
tragedi aku, segala bagai sedekah aku berikan .. ikhlaskah?
tragedi aku, nasihat dan pandgn dilontar dan dikongsi .. aku riak dgn ilmu ilahi

(aku pun xfaham apa beza tradisi dan tragedi dlm post ni .. sile jgn pening)

member's of the floor (huhu, lame xgune ayat nih),

transisi merubah realiti

amal biar sikit tapi berkekalan, perubahan biar sederhana tapi berkesan

jadikan ramadhan ini sebuah 'push up' atau 'effort' untuk diamalkn , bukan amal pd ramadhan shj.benar ramadhan dilipat kali kali kali kali dan kali gandakan pahala.amal umrah seumpama haji, solat sunat dikira fardu.besarkan yg tuhan beri?

tp, terlalu amat dan sangat salah jika amal aku seakan2 melabel hanya 'ramadhan' adalah bulan dan musim islam.berubahlah wahai 'aku'!!!!

hadirin hadirat yg disayangi sekalian,

"hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang orang sebelummu, agar kamu BERTAKWA" [al baqarah : 183]

bagaimana dengan aku? sudah berapa banyak ramadhan sudah aku lalui? jauh benar aku dgn 'takwa' itu ..

siapakah orang yang bertakwa?

orang yang bertakwa .. mengawal marah
orang yang bertakwa .. memberi ketika susah dan senang
orang yang bertakwa .. jika terlanjur berdosa, segera bertaubat
orang yang bertakwa .. seorang yang pemaaf

oh, jauh benar sih dgn 'takwa' itu ~

atau dgn bahasa indahnya (perasan), aku sebenarnya masih belum bertamukan 'ramadhan' yg sebenar, aku belum pernah lagi merasai kehadiran 'ramadhan'.

hakikatnya, aku masih jauh dgn 'ramadhan' .. yang padanya ada keampunan dan kelebihan

mana tidaknya ..
ah chong lambat sampai aku dah marah menggile, sedangkn aku perlu bimbing dan nasihat
fatimah xsihat aku buat2 kedekut, sedangkan aku mampu memberi 'senyuman' , tenaga malahan harta.

jauh lagi ke 'umur' ini boleh pergi? yakinkah ada lagi ramadhan yg tuhan beri?

aku belum puas lagi menaip tp cukup ini sekadar memberi tempias 'gemuruh jiwa' untuk menghadapi ramadhan yg tuhan singgahkan pada kali ini.harap2 ada 'hasilnya'

allahu a'lam, terima kasih atas bacaan aku dan korang.semoga ini beri manfaat pada aku dan korang.wabillah taufiqihi wahidayatihi

tenkiu sume ~

p/s : nak tarawih mane malam ni ye?

6 comments:

iMRaN said...

mai terawih kt kkb..

Unknown said...

hoho, KKB? itu insyaAllah akan dipertimbangkan .. ade rezeki ana ke sana.yg penting kita dpt 'sesuatu' dari tarawih.huhu

hamzah ian said...

terawih di surau sudah

Unknown said...

kt mana pn kite terawih , tiada masalah .. yg bermasalah adalah hati ~ trimas

morsmode said...

iskk, aku nak sedih jugak.

Unknown said...

aku pun nak sedih sob .. sob