malam semalam aku ber'tarawih' di masjid Dato' Dagang Klang.entah apa kehalnya aku ter'buka puasa' jauh dari rumah semalam ~ malam pertama tarawih di masjid Kg Perepat.ok, sekian shj laporan tarawih.
sebelum tarawih sempat aku 'interview' beberapa org kekanak dan reremaja kt pinggiran masjid.
"ko pehal brader? sengih2 "
"entah la, aku xminat sgt terawih kt sini.imam baca panjang sangat.esok aku nk pakat gi masjid Bt4 la.sana imam express cket"
"hoh, ko pulak ape kehal termenung sesorang bro?"
"cam biase la, imam ni baca laju sgt.takut xsah solat"
"adeyh, gitu pulak"
ragam2, kekanak di sini sungguh menyayat hati .. mana lebih baik? panjang atau pendek?
*********************************************
"apabila rasulullah s.a.w diberikan 2 perkara untuk dipilih, maka baginda akan memilih perkara yang lebih mudah selama ianya bukan perkara yang membawa dosa, dan apabila perkara itu membawa dosa, maka baginda adalah orang yang paling menjauhinya" Ummul Mu'minin Sayidatina 'Aisyah r.a
(skop isu ini sebenarnya luas, tp untuk memendekkan 'post' aku hanya fokus pd bab imam panjang pendek je)
Rasul s.a.w menganjurkn umat untuk menyegerakan berbuka dan mengakhirkn sahur, ini semua untuk memberi kemudahan kpd mereka yg berpuasa.dlm kalangan ulama' dan fuqaha' pn ramai diantara mereka yg menentukan hukum dgn memilih yg lebih mudah dan memberi keringanan kpd muslimin.
memberi keringanan bukanlah bererti meringan-ringankn, jauh sekali wahai manusia sume.
sebaliknya....
"para fuqafa' lebih terbuka menggunakan uslub ini untuk memberi khabar gembira dan gambaran masa depan yg cerah dalam cara saya menyampaikan dakwah islamiyah" berikut rentetan penulisan Dr.Yusuf Alqardhawi dlm kitab fiqh awlawiyat dlm bab keutamaan dalam bidang fatwa dan da'wah
sesuai dgn cara yg telah nabi s.a.w lakukan semasa mengutus Abu Musa al-ashari dan muaz ibn jabal r.a untuk melakukan tugasan dakwah ke negeri Yaman.baginda bersabda yang bermaksud "berikanlah kemudahan dan janganlah menyusahkan mereka, berikanlah khabar yang gembira dan janganlah kamu jadikan mereka jauh daripada islam"
itu syarah 'aqli mengapa disarankan untuk meringankn fatwa.islam itu rahmat bukan?
dalam fiqah ada 2 jenis dalil iaitu al-ahwat (sangat berhati-hati) dan al-aysar (memberikan kemudahan), untuk orang awam lebih ulama' dan nabi sendiri lebih cenderung untuk memilih dalil asyar sebaliknya dibolehkn para ulama' untuk memilih dalil ahwat bagi org2 yang tebal imannya - sedikit iklan untuk menambah kefahaman aku dan korang dlm isu ni , sekian
*maaf untuk huraian yang lebih detail boleh la rujuk mana2 tok syeikh, sbb nanti aku n korang sama2 pening ok
harapan aku
kepada para2 tok imam di malaysia, silalah tengok siapa makmum anda ya.jadilah masyarakat yang prihatin.mungkin hari ini mereka pindah2 masjid ikut 'imam fevret', aku risau esok lusa mereka dh xjenguk masjid untuk solat terawih (na'uzubillah) sbb imam baca panjang, lagi bermasalah jika imam yg jenis baca main 'sedap' je.melainkan jemaah korang memang se'kepala' dgn imam, itu suda ok brader!
teringat masa aku muda2 kt skolah dulu, fuhh ~ imam selumber semacam je.satu raka'at satu 'page' wowz! para makmum sumenye blaja agama dan muda2 belaka.itu pun dah semput , dan pihak2 berkuasa pelajar dah tangkap pelajar2 yang 'excape' terawih.ape kehal ni? budak agama, faham agama, usrah tiap minggu, sume kuat2 .. tp solat terawih xlarat.
begitu juga diluar sana, ramai yang tua2, xmampu berdiri lama, xmampu duduk lama, xmampu duduk bawah lampu lama2, ada urusan macam2 .. pd imam 'ringkaskn' solat anda.
anas ibn malik r.a menceritakan,
"salah seorang imam yang paling ringan dan sempurna solatnya yang pernah saya ikuti adalah rasulullah s.a.w, dan apabila baginda mendengar tangisan anak kecil, maka baginda akan memendekkan bacaannya, kerana khuatir ibunya terganggu"
anas r.a juga meriwayatkan rasul s.a.w bersabda yang bermaksud
"ketika aku telah mula solat, walhal aku ingin memanjangkannya, tetapi kemudian aku terdengar tangisan seorang kanak2, maka aku persingkatkan solatku, kerana aku tahu tangisan kanak2 akan menyentuh perasaan bondanya"
abu hurairah r.a turut meriwayatkan rasul s.a.w bersabda
"apabila salah seorang dari kamu menjadi imam, maka persingkatkanlah solatmu, kerana ada di kalangan makmum yang sakit, lemah dan berumur tua.dan apabila dirikan solat sendirian, maka panjangkanlah ikut yang kamu suka"
baginda pernah menegur muadz kerana memanjangkan bacaannya ketika mengimami solat dgn sabdanya , "dgn cara itu engkau telah menimbulkan fitnah ya muadz"
dalam satu riwayat ada menceritakan, datang seorang lelaki kpd rasul s.a.w lantas berkata."aku sengaja datang lambat untuk menunaikan solat subuh kerana imam selalu sangat memanjangkan bacaannya" nabi seraya dgn tegas menyampaikan nasihatnya, "sesungguhnya ada di kalanan kamu orang yang menyebabkan orang ramai lari meninggalkan ajaran islam, sesiapa shj yg mengimami solat hendaklah memendekkan bacaannya krn di kalangan makmum ada yang lemah, tua dan punya hajat dan keperluan lain."
simpulnye
-imam yg perlu melihat keadaan makmun, bukan makmum yg perlu pilih imam dlm kes ni.
-ringkaskan bacaan sekadar meringankn untuk mengelak tragedi 'makmum lari'
-ringkas suda baik tp bacaan 'cover2' cket, solat ringkas tp tajwid hancus xberguna juga
-melainkan makmum anda sume 'ok' n bi'ah solehah yg baik maka bacalah yg sesuai mengikut 'keadaan' dan adat setempat.
ingat! meringankn bukan meringan ringankan!!!
sekian, terima kasih ~
p/s : klu ada persoalan tentang fiqh keutamaan bolehlah kita berkongsi2 sbb aku pn masih belajar ~ jom belajar sama2!
2 comments:
Jom blaja feqh sesama!
p/s: Nice post...
ye3 ~ jom!
Post a Comment